Saturday, August 17, 2019

saya berasa sangat gembira pada hari ini. murid 5 pintar baik-baik belako

kemah molek

Monday, February 18, 2013

PROGRAM ANTI DADAH

Tarikh : 18 Januari 2012
Tempat : Balai Ilmu
Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
Pensyarah : Cik Niezatuledayu bt Jama'i


Program ceramah anti dadah ini telah diadakan dengan jayanya pada 18 Januari 2013 yang melibatkan semua guru pelatih DPLI-SR Ambilan Khas Disember 2011. Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada guru-guru pelatih tentang kebahayaan dadah dan tanda-tanda penagihan dadah. Langkah ini diharap membolehkan para guru pelatih DPLI mendedahkan kebahayaan dadah kepada murid-murid sekolah rendah apabila menjalankan tugas di sekolah rendah pada masa akan datang nanti.


Program ini telah menjemput seorang pensyarah penceramah iaitu Cik Nizatuledayu binti Jamai selaku ketua unit kaunseling IPG Kampus Tun Hussein Onn. Semasa program ini dijalankan, penceramah mendedahkan kepada kami tentang kebahayaan dadah, kesan buruk penyalahgunaan dadah, cara-cara mengatasi masalah dadah serta peranan guru dalam mencegah masalah dadah di sekolah. Penceramah juga menayangkan video tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan dadah dan tanda-tanda penagihan dadah kepada kami.

PROGRAM SINAR HARAPAN

Tarikh : 18 Januari 2013
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari (sesi 1), 3.00 petang - 5.00 petang (sesi 2)
Tempat : Balai Ilmu (sesi 1), Bilik Persidangan (sesi 2)
Penceramah : Cik Niezatuledayu bt Jama'i
Peserta : Pelajar Peperiksaan Ulangan November 2012

Unit Kaunseling IPTHO telah menjalankan suatu sesi motivasi kepada para guru pelatih yang akan mengambil peperiksaan ulangan bagi semester lepas. Seramai 57 orang pelatih yang dikenalpasti akan mengambil peperiksaan ulangan berkenaan diminta hadir untuk sesi berkenaan. 
 
Bagi sesi pertama,motivasi dijalankan di Balai Ilmu yang melibatkan pelatih DPLI secara majoritinya. Kebanyakan daripada mereka adalah pelatih tahun akhir pengajianmasing-masing.  Seawal jam 10.30 pagi,para pelatih sudah berkumpul di Balai Ilmu untuk sesi berkenaan.

Selepas semua pelatih yang terlibat mengambil tempat,sesi bermula dengan kata-kata semangat daripada penceramah. Beliau memberikan nasihat dan amanat serta berkongsi pengalaman dengan semua pelatih agar mereka tidak terlalu kecewa atas apa yang telah berlaku. Dalam masa yang sama, borang soal selidik diedarkan kepada semua pelatih berkenaan tahap kepuasan mereka dengan sesi yang dijalankan. Setelah itu, pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator bagi kumpulan masing-masing.

Setelah selesai sesi motivasi pada sebelah pagi tersebut, para pelatih mula menunjukkan rasa bermotivasi yang tinggi dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan. Ada dalam kalangan mereka yang melahirkan rasa terima kasih kepada penceramah dan fasilitator yang terlibat.
Antara aktiviti yang menarik semasa sesi motivasi pada sebelah petang adalah aktiviti memotivasikan diri dengan membisikkan kata semangat dan harapan terhadap diri masing-masing. Penceramah menggunakan seorang pelatih sebagai model untuk memotivasikan diri. Aktiviti dijalankan dalam situasi yang penuh kesayuan. Para pelatih disuntik dengan kata-kata semanga dan nasihat berguna daripada penceramah. Penceramah turut menerangkan tentang cara-cara yang betul untuk melakukan aktiviti berkenaan. Pelatih diberi petunjuk dalam menggunakan kuasa minda bagi memastikan mereka mampu melakukan yang terbaik bagi peperiksaan yang bakal dihadapi.

Setelah selesai sesi bersama penceramah, para pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator pelajar. Fasilitator berkongsi pengalaman tentang cara belajar yang efisien serta diselitkan dengan nasihat dan panduan bagi memastikan pelatih lulus dalam peperiksaan.
Melalui program motivasi ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan kekuatan kepada para pelatih yang bakal menduduki peperiksaan ulangan agar mereka dapat menerap dan menghayati kaedah yang diberikan bagi memastikan mereka lulus bagi peperiksaan yang bakal mereka hadapi. Pelatih juga dinasihatkan agar tidak terlalu kecewa dan tertekan atas keputusan peperiksaan yang lepas. Mereka disarankan untuk memberi tumpuan yang lebih pada peperiksaan kali ini.


Tuesday, January 22, 2013

Cinta Nabi Muhammad kepada kita



Rasulullah SAW telah menghiasi hidupnya dengan warna-warna cinta & kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta dan kasih sayang yang tidak ternilai dan di luar jangkaan manusia biasa. Sekiranya kita menelusuri perjalanan hidup baginda serta menghayati setiap degupan nadi kehidupannya, kita akan lihat gambaran wajah kasih sayang yang terlalu mendalam serta cinta yang tidak berpenghujung pada umatnya. Kasih baginda tak pernah padam hinggalah suatu pagi, pagi yang bersejarah, pagi yang suram dan penuh dengan kedukaan.....


Pagi itu, walaupun langit mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah saw dengan suara yg tersekat-sekat memberikan khutbah; "Wahai umatku, kita semuanya dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertaqwalah kepada Nya. Kemudian, Rasulullah saw memandang satu persatu sahabat-sahabat baginda ( Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman & Ali) Ini Tandanya Rasulullah saw akan tinggalkan kita semuanya, bisik hati sahabat-sahabat baginda mereka teramat sedih, seorang sahabat yang sejati &kekasih Allah swt akan meninggalkan mereka..mengelenang air mata para sahabat.


Ketika Rasulullah saw berada di rumah: Waktu itu muncul secara tiba-tiba seseorang mengucapkan salam. Kemudian ia berkata, “Bolehkah saya masuk?”. Ia meminta izin untuk masuk. Akan tetapi Fathimah binti Rasulullah tidak berkenan dirinya masuk. Beliau tidak mengizinkan orang itu untuk masuk sambil berkata dengan lemah lembutnya, “Maafkan saya. Anda tidak boleh masuk ke dalam karana ayah saya kebetulan sedang sakit”. Fathimah kemudian berpaling dan menutup pintu dari dalam rumah. Fathimah kembali ke pembaringan di mana ayahnya sedang terbaring sakit. Ayahnya yang tercinta membuka matanya dan bertanya kepada Fathimah, “Siapa tadi, wahai anakku?” “Aku tidak tahu, ayah. Ini kali pertama aku bertemu dengannya, ayah”, Fathimah menjawab dengan lembutnya. Kemudian Rasulullah menatap wajah puterinya itu dengan tatapan bergetar seolah-olah ia hendak mengingat-ingat setiap lekuk wajah puterinya itu. “Ketahuilah satu hal, anakku! Dialah yang akan menghilangkan semua kesenangan yang fana ini; dialah yang hendak memisahkan hubungan kekerabatan dan pertemanan di dunia ini. Dialah malaikat pencabut nyawa”, Rasulullah menjelaskan pada puterinya.



Demi mendengar itu Fathimah terhenyak seolah-olah mendengarkan sebuah bom yang diledakkan di dekatnya. Tangisan Fathimah meledak. Ia menangis tersedu-sedu dan tidak pernah tangisan dirinya itu, sepilu dan sepedih itu. Rasulullah kemudian menyuruh puterinya itu untuk mempersilahkan masuk sang malaikat pencabut nyawa itu. Kemudian ia masuk ke rumah. Malaikat pencabut nyawa (Izrail) datang menuju tempat di mana jasad Rasulullah terbaring lemah. Rasululah bertanya, mengapa Jibril tidak datang bersama dengannya. Kemudian Jibril pun dipanggil dan datang. Jibril telah siap menyambut kedatangan Rasulullah di langit. Jibril sudah siap menyambut roh kekasih Allah yang pernah memimpin dunia dengan keadilan, kebenaran, dan penuh kelembutan.


“Wahai Jibril, Jelaskanlah kepadaku apa hak-hak yang akan aku dapat daripada Allah?” Rasulullah bertanya kepada Jibril dengan nada bicara yang sangat lemah.


Maka Jibril pun menjawab: “Pintu-pintu langit akan terbuka dan para malaikat akan berbaris rapi menyambut kedatangan roh sucimu. Surga akan memanggil-manggilmu dan tidak sabar akan kedatanganmu”, Jibril berkata.


Semua perkataan Jibril itu seolah-olah sama sekali tidak membuat Rasulullah tenang karana masih terlihat kedua mata Rasulullah menyimpan sesuatu yang khawatir yang sangat mendalam. “Tuanku, apakah engkau tidak berbahagia dengan berita ini?”, tanya Jibril.


“Ceritakan kepadaku nasib dari umatku nanti di masa yang akan datang!” kata Rasulullah. “Janganlah kau khawatir, tuanku, ya Rasulullah! Aku telah mendengar Allah berfirman: “Aku akan haramkan surga untuk setiap orang kecuali setelah umat Muhammad masuk kedalamnya“, Jibril cuba menenangkan.


Waktu merambat makin dekat dan makin dekat. Waktu untuk mencabut roh sang kekasih Allah semakin dekat. Izrail sebentar lagi akan menunaikan tugasnya. Dengan perlahan dan hati-hati roh Nabi ditarik. Tubuh Rasulullah mulai mencucurkan keringat, urat lehernya menegang. “Jbril, ternyata yang namanya sakaratul maut itu sakit sekali”, Rasulullah berkata dengan gumaman lemah.


Fathimah, puteri Rasulullah menutup kedua matanya menahan kesedihan yang teramat sangat. Imam Ali/Saidina Ali a.s duduk dekat dengan Fathimah, menundukkan kepalanya dalam-dalam, sementara itu Jibril memalingkan mukanya tidak kuat melihat pemandangan yang sangat mengharukan itu.


“Apakah aku tampak menjijikan bagimu, wahai, Jibril. Sehingga engkau memalingkan wajahmu dariku?’ Rasulullah bertanya kepada sang penyampai wahyu. “Siapakah gerangan orangnya yang sanggup dan kuat melihat kekasih Allah sedang menghadapi sakaratul maut. Oleh karena itu aku memalingkan wajahku darimu, wahai tuanku”, Jibril berkata. Tidak berapa lama berselang, Rasulullah mengeluarkan suara dari tenggorokkannya karana rasa sakit yang teramat sangat.



“Ya, Allah. Betapa sakitnya sakaratul maut ini. Berikanlah rasa sakit ini kepadaku semuanya dan jangan berikan sedikitpun kepada umatku”. Tubuh Rasulullah kemudian terasa dingin; kedua kakinya dan dadanya tidak bisa lagi digerakkan. Bibir mulia beliau bergetar seolah-olah ingin mengutarakan sesuatu. Saidina Ali a.s. mendekatkan telinganya ke arah mulut Rasulullah yang suci. Rasulullah berbisik:“Ushiikum bis salati, wa maa malakat aimanuku” (jagalah solat dan urusilah urusan orang-orang lemah yang ada di sekitarmu)”.


Di luar ruangan terdengar tangisan sahut menyahut; tangisan yang satu disusul oleh tangisan yang lain–lebih keras dan lebih keras. Para sahabat Nabi saling berpegangan tangan satu sama lain seolah-olah ingin memperkuat dan menghibur hati sahabatnya yang lain. Fathimah binti Muhammad, puteri Nabi, menutupi wajahnya yang basah dengan air mata yang bercucuran sejak tadi. Saidina Ali sekali lagi mendekatkan telinganya ke dekat mulut Rasulullah yang sekarang sudah tampak membiru.


“Ummati, ummati, ummati”, (Ummatku, ummatku, ummatku) (dengan kalimat itu Rasulullah berwasiat agar Ali bin Abi Thalib mengurusi urusan umat Muhammad sepeninggal beliau). Setelah mengucapkan kalimat itu, Rasulullah pun berangkat menuju kekasihnya( Allah swt) dengan tenang. Innalillahi wa inna ilayhi roji’un.


"Hidupkan Rasulullah dalam dirimu nescaya kamu akan terjaga dari melakukan perbuatan yang tidak elok kerana takkan sanggup kamu lakukan perkara buruk sedangkan Rasulullah wujud dalam hati kamu..."
( Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid )


perkongsian : http://kasihilahi15.blogspot.com

Program Helwani

Kaunselor Pelajar, Cik Niezatul Edayu

Slot perkongsian yang telah dijalankan

Para pelajar wanita yang khusyuk mendengar penerangan daripada penceramah


Pelajar juga diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dalam slot perkongsian


Dunia Yang Hilang


Sesungguhnya matlamat hidup di atas dunia fana ini hanya satu, adalah untuk tunduk kepada Allah yang Maha Esa dan meraih redha Allah. Namun, acapkali jika kita cuba pandang di sekeliling kita, ramai manusia zaman kini lebih mementingkan redha manusia berbanding redha Allah. Seakan redha manusia itulah sumber kebahagian di dunia mahu pun akhirat. Seakan redha manusia itulah penentu kehidupannya diberkati.



Redha manusia? Ya, redha manusia. Jika disingkap kehidupan manusia... marcapada lebih menitik beratkan kepada kemewahan, kesenangan, dan hiburan. Sebagai contoh; sesetengah manusia sekarang berlumba lumba untuk menjadi cantik hanya kerana untuk mendapat pujian dan layanan yang baik. Ada pula yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki barang berjenama hanya untuk dijaja di mata orang lain.

Tidak salah untuk memakai barangan berjenama, hanya yang kurang sedap di lihat jika ianya melebihi keperluan yang ada sehingga ada yang hanya di pakai sekali dua kemudian di simpan buat koleksi menambah harta. Andai dana tersebut diguna dan dibelanjakan untuk bersedekah, alangkah baik dan murninya sikap sedemikian rupa?

Tidak juga salah untuk berfesyen mengikut arus kota yang bertamadun. Namun, hanya kurang sedap di lihat jika ianya berfesyen sehingga lupa pada halal dan haramnya. Tudung singkat yang masih menampakkan bayangan leher dan rambut, mekap tebal menyilaukan pandangan sehingga boleh menimbul syahwat pada yang melihatnya. Bukankah indah jika bersederhana dan sempurna dalam mengikut syariat menutup aurat? Bukan sahaja aurat dijaga rapi bahkan akhlak juga sentiasa menghiasi.


Sama-sama kira renungi diri, kelak apabila kita pergi meninggalkan dunia ini, pasti kain putih jua yang akan membaluti tubuh kita. Amalan mulia jualah sebagai 'make up' diri kita. Jika cantik amalan kita, maka tentu 'cantik' jugalah diri  kita bertemu denganNya.

Sama-samalah kita muhasabah, niat di hati tu sentiasa diperbaiki agar segala yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah. Biarlah apapun yang manusia lain perkatakan,  kerana yang tahu nawaitu kita hanya Allah sahaja. Sesungguhnya niat kita itu penilainya adalah Allah, bukan manusia. Maka setiap niat kita sandarkanlah ia hanya lillahitaa'la. Misalnya niat untuk menutup aurat, biarlah kerana Allah ta'ala, jangan niat pakai tudung hanya untuk cantik. Biar kita tidak cantik di mata manusia, asalkan kita cantik di sisi Allah.

Justeru sama-samalah kita betulkan niat, sucikan hati. Sedarlah, hidup di dunia ini hanya sementara tiada kekalnya. Bukalah minda dan hati agar jangan mudah dan terlalu seronok ditenggelamkan dengan kemewahan dan keseronokkan di dunia ini.

Sesungguhnya semuanya adalah pinjaman Allah. Pinjaman bermaksud Allah boleh bagi dan Allah boleh tarik balik nikmat tersebut bila bila masa sahaja tanpa kita mengetahui dan menyedarinya. Saat kita diberi nikmat kepandaian, jangan lah kita gunakan ia kepada kesesatan. Jika sesat, sukar untuk kita jumpa jalan pulang, terus terjerumus dalam kesesatan melainkan Allah bagi hidayah.

Dan jangan lah sesama sekali kita riak,ujub,bangga dengan pinjaman Allah. Siapalah kita untuk duduk bangga. Kita hanya memiliki nikmat yang hanya akan hilang. Esok lusa Allah murka Allah tarik balik.

Kesimpulannya, beringatlah sahabat.. Kita ini sangat  dekat dengan akhir zaman. Usah kita jadi hamba Allah yang berada dalam kejahilan dan kesesatan tanpa sedar. Ingatlah, dari mana kita datang, dan janganlah sampai kita sesat sehingga mensyirikkan Allah.


Melebihkan Allah dari segalanya seakan kita menjadi hamba kepadanya. Melebihkan material, nafsu, kuasa, pangkat, darjat dan menyandarkannya pada diri sehingga melupakan Allah yang memiliki segalanya seakan kita menafikan keagungan dan kesempurnaan Allah. Takutlah kita pada dosa yang terhijab yang tanpa menyedarinya, kita rupa-rupanya sudah pun berada didalamnya. Iyya uzubillah~

Justeru, sentiasalah betulkan niat dan hati. Sesungguhnya apa yang Allah pinjamkan di dunia ini milik Allah. Ianya akan hilang seperti mana dunia itu hilang. Andai merasa hebat dengan pinjaman Allah, pohonkanlah kemaafan dan keampunan. Sungguh Allah itu Maha Pengampun bahkan Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNya.

sumber : http://www.iluvislam.com