Leadership & Counseling Club (LCC) mula ditubuhkan pada Januari 2011. Kelab ini dicetuskan daripada kaunselor sendiri iaitu Cik Niezatuledayu. Kelab ditubuhkan dibawah Unit Kaunseling IPTHO. Pada awal penubuhan kelab ini bertujuan melatih pelajar untuk menguruskan program-program kaunseling yang dirancang oleh Unit Kaunseling IPTHO.
Namun, setelah potensi
kelab ini dilihat semakin menonjol, kelab ini juga telah merancang aktiviti
mereka sendiri di peringkat ahli. Beberapa aktiviti telah berjaya dijalankan
oleh jawatankuasa kelab ini yang diketuai oleh Saudara Anis dan saudara
Fakhrul. Mereka merupakan perintis kepada penubuhan kelab ini.
Antara program
yang telah diuruskan oleh kelab ini ialah Seminar Kecemerlangan PMR dan UPSR
yang dijalankan pada tahun 2011. Program ini bagi mempersiapkan pelajar dengan
kelengkapan dan tip kecemerlangan daripada penceramah IPTHO sendiri.
Selain itu,
kelab ini juga telah mengadakan majlis makan malam yang disertai oleh semua
ahli kelab. Dalam majlis tersebut turut diadakan perlantikan ahli jawatan kuasa
yang baru bagi sesi yang baru.
No comments:
Post a Comment