Monday, February 18, 2013

PROGRAM SINAR HARAPAN

Tarikh : 18 Januari 2013
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari (sesi 1), 3.00 petang - 5.00 petang (sesi 2)
Tempat : Balai Ilmu (sesi 1), Bilik Persidangan (sesi 2)
Penceramah : Cik Niezatuledayu bt Jama'i
Peserta : Pelajar Peperiksaan Ulangan November 2012

Unit Kaunseling IPTHO telah menjalankan suatu sesi motivasi kepada para guru pelatih yang akan mengambil peperiksaan ulangan bagi semester lepas. Seramai 57 orang pelatih yang dikenalpasti akan mengambil peperiksaan ulangan berkenaan diminta hadir untuk sesi berkenaan. 
 
Bagi sesi pertama,motivasi dijalankan di Balai Ilmu yang melibatkan pelatih DPLI secara majoritinya. Kebanyakan daripada mereka adalah pelatih tahun akhir pengajianmasing-masing.  Seawal jam 10.30 pagi,para pelatih sudah berkumpul di Balai Ilmu untuk sesi berkenaan.

Selepas semua pelatih yang terlibat mengambil tempat,sesi bermula dengan kata-kata semangat daripada penceramah. Beliau memberikan nasihat dan amanat serta berkongsi pengalaman dengan semua pelatih agar mereka tidak terlalu kecewa atas apa yang telah berlaku. Dalam masa yang sama, borang soal selidik diedarkan kepada semua pelatih berkenaan tahap kepuasan mereka dengan sesi yang dijalankan. Setelah itu, pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator bagi kumpulan masing-masing.

Setelah selesai sesi motivasi pada sebelah pagi tersebut, para pelatih mula menunjukkan rasa bermotivasi yang tinggi dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan. Ada dalam kalangan mereka yang melahirkan rasa terima kasih kepada penceramah dan fasilitator yang terlibat.
Antara aktiviti yang menarik semasa sesi motivasi pada sebelah petang adalah aktiviti memotivasikan diri dengan membisikkan kata semangat dan harapan terhadap diri masing-masing. Penceramah menggunakan seorang pelatih sebagai model untuk memotivasikan diri. Aktiviti dijalankan dalam situasi yang penuh kesayuan. Para pelatih disuntik dengan kata-kata semanga dan nasihat berguna daripada penceramah. Penceramah turut menerangkan tentang cara-cara yang betul untuk melakukan aktiviti berkenaan. Pelatih diberi petunjuk dalam menggunakan kuasa minda bagi memastikan mereka mampu melakukan yang terbaik bagi peperiksaan yang bakal dihadapi.

Setelah selesai sesi bersama penceramah, para pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator pelajar. Fasilitator berkongsi pengalaman tentang cara belajar yang efisien serta diselitkan dengan nasihat dan panduan bagi memastikan pelatih lulus dalam peperiksaan.
Melalui program motivasi ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan kekuatan kepada para pelatih yang bakal menduduki peperiksaan ulangan agar mereka dapat menerap dan menghayati kaedah yang diberikan bagi memastikan mereka lulus bagi peperiksaan yang bakal mereka hadapi. Pelatih juga dinasihatkan agar tidak terlalu kecewa dan tertekan atas keputusan peperiksaan yang lepas. Mereka disarankan untuk memberi tumpuan yang lebih pada peperiksaan kali ini.


No comments:

Post a Comment