Musim
peperiksaan makin menjelang tiba. Bagi pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn, masa
untuk menghantar tugasan sudah sampai kepada penghujungnya. Sekarang,
masing-masing dalam proses mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.
Admin ingin berkongsi sedikit tips dalam menghadapi peperiksaan supaya kita
semua dapat menjawab soalan-soalan dengan cemerlang.
Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa
semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas
tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan
membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan
subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini
penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan
penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar
rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat
lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa
otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman
yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain
itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin
kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari
jawapan kepada persoalan yang timbul.
Semak Jadual
Jadual perlu disemak
selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah
mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi
serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala
mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka
membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan
otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan
sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat
menduduki peperiksaan.
Bersedia Dengan Keperluan
Peperiksaan
Anda tahu apa
keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada
guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti,
perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu
kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil
perhatian.
Jauhi Dari Bercinta
Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta. Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.
Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf,
buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana
perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi
peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila
kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa
akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak
supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.
Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok
anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh
menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat
dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara
sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi
ketenangan.
Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas
dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan.
Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti
bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk
sini untuk khasiat sayuran.
Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita
hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa
yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.





No comments:
Post a Comment