Pelajar perlu diberikan
kepercayaan agar mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.
Sekiranya pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan cara mereka bertindak,
guru seharusnya memberikan peluang tersebut kepada anak didik mereka.
Sebagai huraian saya bawakan
beberapa contoh seperti di bawah:
Pelajar gugup semasa
mebentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas
Keadaan ini biasanya berlaku
semasa P&P yang melibatkan pembentangan hasil kerja setelah perbincangan
dalam kumpulan diadakan. Jika pelajar anda gugup di hadapan kelas, anda
perlu maklumkan kepada pelajar yang lain agar mereka memberikan kerjasama
terhadap pelajar tersebut.
Berikan tepukan kepada
pelajar tersebut setelah selesai beliau membentangkan hasil kerja.
Langkah ini sangat penting supaya pelajar tersebut merasakan bahawa hasil kerja
mereka dihargai. Terdapat 2 tindakan guru sejurus selepas itu iaitu
memberikan peneguhan ataupun kritikan membina.
Pelajar tidak yakin dengan
kebolehan sebenar mereka
Semasa aktiviti sukan
ataupun situasi di luar kelas, pelajar lebih cenderung untuk beeperlakuan pasif
(tidak aktif). Sebagai contoh, semasa sukan lompat tinggi, ada antara
pelajar yang tidak dapat melakukan lompatan dengan cara yang betul.
Maka, guru perlulah menunjukkan cara melompat dengan betul
terlebih dahulu agar pelajar yakin dengan kebolehan masing-masing. Dengan
cara ini, keyakinan dalam diri pelajar dapat dibentuk secara tidak langsung.
