Sunday, September 30, 2012

NIKON vs CANON



Apakah perbezaan diantara kedua-dua jenama kamera ini ??? Admin sering tertanya-tanya. Lalu dengan rasa ingin tahu, admin memcari tentang perbezaan & kelebihan diantara kedua jenama atau produk ini. Selepas membaca beberapa artikel dan pendapat, terhasillah post ini…




Warna Gambar

Kedua-dua jenama atau produk ini mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri.Kelebihan yang terdapat pada DSLR NIKON adalah,Nikon mempunyai kekuatan pada warna gambar yang kita tangkap.Warna gambarnya sangat terbaik dan ramai photographer menggunakan Nikon di studio ataupun outdoor untuk menangkap gambar model,pemandangan dan lain-lain lagi.

Manakala bagi Canon pula, warna gambar yang dihasilkan agak terang kerana warna yang terang tidak semestinya cantik. Tak berapa ramai photographer menggunakan Canon ketika di dalam studio atau outdoor untuk menangkap gambar model,pemandangan dan lain-lain lagi.

Kepantasan menangkap

Kepantasan menangkap gambar ini menang pada Canon,canon sangat pantas menangkap gambar,oleh itu, Canon ini sangat sesuai menangkap gambar pergerakkan seperti menangkap gambar orang bersukan ataupun wedding ketika perarakan pengantin dan lain-lain lagi pergerakan. Sebab itu kita dapat melihat ramai photographer wartawan sukan di stadium-stadium menggunakan Canon untuk menangkap gambar berbanding Nikon.

Manakala bagi Nikon pula,Nikon memerlukan masa untuk fokus sesuai objek sebelum kita menangkap gambar. Oleh sebab ia perlu mengambil masa untuk fokus,ia tidak sesuai untuk digunakan ketika ingin menangkap gambar pergerakan. Oleh itu, kita tengak tak ramai wartawan menggunakan Nikon ketika di dalam stadium,kalau ada punya,mereka akan membawa back up camera Canon atau mereka mempunyai kawan yang menggunakan Canon. Tak dilupakan juga, syarikat wartawan atau penyiaran akan menyediakan DSLR Canon kepada wartawan.
Ini hanya sekadar pendapat. Harap tiada pihak yang berkecil hati. Gambar yang terhasil sebenarnya bergantung kepada skill jurugambar sendiri dan kemahiran menggunakan gadget-gadget kamera itu sendiri (pendapat ikhlas admin)..=)

Tips Menghadapi Peperiksaan


Musim peperiksaan makin menjelang tiba. Bagi pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn, masa untuk menghantar tugasan sudah sampai kepada penghujungnya. Sekarang, masing-masing dalam proses mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan. Admin ingin berkongsi sedikit tips dalam menghadapi peperiksaan supaya kita semua dapat menjawab soalan-soalan dengan cemerlang.

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan


Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta. Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.
Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.