Monday, October 29, 2012
Cinta Tidak Kenal Siapa...
"Mahukah engkau menjadi
isteriku?" Soal Azman.
Azrina yang mendengar lontaran
soalan itu terkejut sebentar. Dia tidak menyangka soalan itu akan muncul dalam
ruang nafas waktunya.
Azman mula berkenalan dengan Azrina
ketika dia belajar dan bekerja di salah sebuah bengkel di Negeri Sembilan sejak
beberapa tahun yang lepas. Azman begitu serius dan bertekad untuk menikahi
Azrina agar menjadi isteri yang sah sebagai pendamping hidupnya selepas ini.
Akhirnya, Azrina telah membuat
keputusan dan bersetuju untuk menjadi isteri kepada Azman. Mereka tahu bahawa keputusan
ini agak sukar kerana risau akan menjadi perhatian umum masyarakat kelak.
Tetapi, kerana inginkan hubungan
yang halal dan cinta yang diredhai Allah SWT mereka nekad dan bersepakat untuk
melalui kesusahan yang bakal dihadapi bersama-sama.
Tidak perlu didengar kata-kata
serong orang.
Tidak perlu terasa ejekan
menyindir.
Tidak perlu ditangisi senyuman
sinis.
Kerana setiap kesusahan pasti ada
kesenangannya nanti.
Setelah beberapa bulan, maka,
berlangsunglah majlis perkahwinan di antara Azman dan Azrina. Majlis yang
diadakan tersebut cukup sederhana. Semuanya berjalan dengan lancar sekali.
Kebetulan, seorang wartawan
tempatan turut berada di majlis mereka memandang majlis perkahwinan tersebut
serentak dengan jamuan hari raya Aidilfitri anjuran sebuah persatuan bengkel
tempat Azman bekerja.
Pada mulanya, wartawan tersebut
hanya hadir atas jemputan pihak persatuan untuk mendapatkan maklumat dan
liputan semasa majlis tersebut agar dapat dimuatkan dalam ruangan akhbar
tempatan pada keesokan harinya. Tetapi, entah mengapa dia juga amat tertarik
dengan majlis perkahwinan Azman dan Azrina.
Ada sesuatu yang istimewa.
Usai majlis perkahwinan dan jamuan
hari raya Aidilfitri, wartawan tersebut terus berjumpa dan sempat bertanyakan
soalan kepada Azman.
"Tahniah atas perkahwinan anda
berdua," wartawan tersebut memulakan bicara.
"Tetapi, sudahkah encik
berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk melangsungkan
perkahwinan ini ? Tidak risau ke dengan pandangan masyarakat sekeliling nanti
?" wartawan tersebut meneruskan bicaranya lagi.
Wartawan tersebut terkesan
dihatinya apabila Azman menjawab soalan yang ditanyakan olehnya.
Siapa sangka soalan itu dijawab
oleh Azman dengan senyumannya yang melebar.
Menampakkan keikhlasannya menjawab.
"Kami hanya cacat anggota,
tetapi hati kami tidak cacat. Sama seperti insan normal yang lain, kami mahu
disayangi dan dicintai. Sebab itu saya nekad mendirikan rumahtangga walaupun
sedar keadaan diri tidak sempurna," kata Azman yang kini berusia 32 tahun.
"Saya memberanikan diri
melamar Rina (Azrina). Dia terkejut dan tidak menyangka hubungan kami berakhir
ke alam perkahwinan memandangkan keadaan fizikal yang dikhuatiri akan
menyukarkan hidup untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri," sambung
Azman.
Rupa-rupanya, Azman lumpuh dan
terpaksa menggunakan kerusi roda selepas demam panas ketika berumur setahun.
Perkenalannya dengan Azrina yang juga cacat anggota kaki empat tahun dulu
menyemai bunga kecintaan sehingga bergelar suami isteri yang sah kini.
Cinta ini tidak mengenal siapa dan
bagaimana keadaan orang itu. Apabila datangnya kesungguhan, maka, bersiap
sedialah untuk mendambakan cinta yang ikhlas dan mengharungi segala onak dan
duri bersama-sama. Sabar menempuh jalan dalam mengharungi ujian Tuhan.
sumber : ILuvIslam.com
sumber : ILuvIslam.com
Subscribe to:
Comments (Atom)