Berfikir semula bagaimana remaja berfikir adalah sesuatu yang ironi sebenarnya bagi saya. Hakikatnya, lupa bagaimana remaja akan bertindak sudah merupakan sesuatu yang melucukan sebenarnya. Ini seolah-olah menganggap kononnya zaman itu sudah berdekad-dekad meninggalkan saya.
Setiap kali saya pulang semula ke sekolah menengah saya yang
dahulu, satu soalan pasti saya akan tanyakan kepada guru-guru yang masih saya
kenali
" Cikgu macam mana dengan pelajar sekarang?"
Dahulunya, soalan ini diajukan sekadar mengisi perbualan. Namun
kini apabila mendengar cerita demi cerita membuatkan saya sendiri berfikir:
Bagaimana sebenarnya hendak menjernihkan jiwa remaja?
Jiwa remaja sekolah menengah berbeza dengan jiwa remaja
universiti. Barangkali beban yang di pikul dan stress yang ditanggung berbeza.
Harapan mengunung masyarakat dan keluarga mengharapkan anak mereka berjaya
dalam SPM, mendapat biasiswa, masuk ke universiti lebih membebankan berbanding
remaja universiti yang sudah berbiasiswa yang hanya perlu memikirkan bagaimana
hendak menyiapkan tugasan pensyarah dan melepasi exam setiap kali semester
berakhir.
Jiwa remaja memberontak. Ketika zaman remaja saya, perasaan bahawa semua cikgu tidak memahami perasaan kami adalah sangat sinonim. Rasa kecewa segala yang dilakukan oleh orang dewasa melawan keinginan kami makin hari makin bertimbun sehingga kebanyakan tenaga digunakan untuk diplomasi mendapatkan ini dan itu. Kepada mereka yang merasakan diplomasi bukan cara mereka maka fizikal jadi pilihan.
Jadi bagaimana hendak membuktikan dan memahamkan kepada mereka
bahawa memilih yang baik adalah pilihan yang lebih bijak? Bagaimana hendak
memahamkan mereka bahawa mencintai Allah dan mematuhi syariatnya lebih memberi
makna?
Maka waktu itu juga saya teringat bahawa betapa semakin mesra
cikgu dengan pelajar maka makin mudah dia disenangi dan lebih mudah
kata-katanya diikuti. Saya melihat cikgu-cikgu bergurau dengan pelajar dan dari
situ saya lihat seolah-olah wujud satu rasa kepercayaan antara guru dan murid.
Seolah-olah guru menjadi kawan yang memahami mereka.
Kemudian saya sentiasa mendengar emak saya bercerita tentang
pelajar-pelajar yang mengadu dengannya.
"Mak garang-garang pun, budak-budak nak mengadu pergi ke mak
juga"
Rasa kepercayaan itu yang saya cari dan yang saya ingin pelajari.
Sebab itu saya suka pergi ke sekolah dan suka berbual dengan guru-gurunya.
Apa kata anda?


No comments:
Post a Comment